CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 5 September 2009

BEBAS

Sekarang aku sudah bebas utk macam-macam perkara....

Tekanan yg menjadi beban semakin hari semakin susut... dan aku sudah boleh bernafas sambil tersenyum....

Peluang itu semakin hampir....

Moga Ramadhan ini memberi hidayah....

Jumaat, 5 Jun 2009

HATI KOSONG VS POKET KOSONG

Tadi aku dan Syed berbual di telefon sementara menunggu pukul 5. Kami masih boleh berbual macam biasa [gelak dan kutuk-mengutuk itu dah mesti]. Walaupun beberapa bulan lepas aku menanggung sakit dan pedih, hari ini aku dah boleh menerima segala ketentuan. Aku patut ucap terima kasih pada Syed kerana membuka peluang untuk aku tinggalkan dia supaya aku boleh buka hati untuk orang lain...

Cuma yang sedihnya.... hati aku semakin kosong...

Poket aku pun begitu juga.... hahahahahahaha......

DAN LAGI.....

Masa kat Pulau Manukan......


ikan-ikan yang taktau kenyang....
*
*
abg john sebelum cokeng.. tgh cokeng takde gamba.. dosaaaa
*
*

abg angkat pais bersama kekasih beliau
yang gayat
*
*


yay!! nak sampai dahhhhh!!!
*
*

lana menarik napas lega sementara abg angkat pais pula
masih tersengih..sama seperti sebelum terbang..
*
*
Sekian dari saya...........

Khamis, 4 Jun 2009

LUPA NAK BAGITAU...

Hari tu aku ke Sabah dengan kawan2 yang berpenyakit!!! Next time kalau kita gi rombongan lagi... make sure korang injek vaksin dulu ok!!!! Supaya percutian kita berjalan dengan sempurna dan seronok.

Adalah ni ha gambar sikit.... Semoga anda terhibur ye...


opppsss...salah gambar... sori abe.. ini acara sebelum
rombongan bersama mereka yg bakal ditinggalkan
*
*
*
ini adalah Wisma Kopeks bersebelahan dengan
hotel kami stay malam pertama di Sadong Jaya
(kata Kid Kopeks = banyak kopek, plural katanya)
*
*
*
ini Gunung Kinabalu yang Nihat nak panjat nanti.
Bilik kitorang ngadap gunung ni la masa bermalam
di Kundasang. Sejuk tau, sampai menangis time mandi
walaupun ada heater.
*
*
*

Rose Cabin nama tempat ni. Malam2
sangat sunyi. Hanya dengkuran Nihat
yang kedengaran bersahut-sahutan.
*
*
*

Yg depan tu Lana, yang tengah tu Amy dan yang
belakang tu Gunung Kinabalu. Amy memegang mamee
yang Nihat beli kat Ranau.
*
*
*

Nanti aku upload lagi gambar di Pulau Manukan. Tiba-tiba aku ternampak dokumen tender yg sangat tebal di hujung meja... uuUUuuuuuUuu.. sangat menakutkan!!!!!!





SEBAB APA?

Dalam hidup yg serba kacau dan tunggang langgang ini, tiba-tiba aku teringat dialog kawan aku malam tadi... "sah lah tu!! besar dan bengkok tu la penyebab dia!!!"

Malam tadi aku gelak je.. tapi hari ni aku nak jawab.... "Mana ko tau natanggg!!!!!!".. dan aku pon rasa malu... puihhh!

BETUL KE MASA ITU EMAS?

Haha... sekali lagi.. kali ni bukan sebab malas, tapi sebab aku dah jadi manusia yg semakin tidak pandai menguruskan waktu 24 jam itu..

Korang pandai tak??

Jumaat, 8 Mei 2009

PENUAAN PRA MATANG

Aku rasa dia perlu sedikit ketawa dalam hidupnya. Tak kisahlah dia yang ketawa atau dia menikmati ketawa orang lain dengan ikhlas. Tak perlulah memikirkan masalah ketidakadilan dunia dengan taksub. Kerut-kerut di dahi itu tak sepatutnya ada. Tak adil kepada usianya yang masih muda seperti aku. Chill babe!

Khamis, 7 Mei 2009

SELAIN DARI RINDUKAN MAK, ADA SEBAB LAIN KENAPA AKU SELALU BALIK KAMPUNG

Mami beranak lagi. Kali ni 5 ekor, 3 jantan 2 betina.
Belang pun beranak jugak. 4 ekor, 3 jantan 1 betina.
Maknanya tambah lagi 9 ekor.
Mak kata kena beli sangkar besar.
Putih dan Omot pulak bunting.
Paling kurang 3 atau 4 ekor dalam perut masing-masing.
Putih asyik berkepit dengan mak aje sekarang.
Dia ngendeng nak nenen lengan mak.
Mak kata malu sikit!! dah nak dapat baby.
Putih macam paham je, dia tak nenen tapi dia tetap letak muncung dia kat lengan mak.
Aku suruh mak beli pil perancang untuk kucing.
Sebelum bunting, baiklah dibagi pil perancang tu kat Tine Gait.
Tapi mak kata Tine Gait asyik menggarik je sekarang.
Silap-silap dah ada isi.
Tak boleh la nak bagi makan pil.
Mak kata Tine Gait main kejar-kejar dengan Potet & Potty.
Mula-mula kejar lepas tu gigit tengkuk!
Haru dibuatnya.
Potty & Potet pulak sekarang dah pandai makan ikan mentah.
Bila Pak Amid balik dari laut je, Potty & Potet pun tunggu tepi van.
Mana-mana ikan yang reject, Pak Amid campak bagi dorang makan.
Potty makan banyakkkk. Sampai 5 ekor ikan kembung dia belasah.
Tapi Potet makan seekor je.
Bila mak panggil balik makan nasik, Potty makan jugak!
Tak kenyang-kenyang.
Potet kalau nasik, dia yang pelahap.
Pinggan mula-mula mesti dia punya.
Lepas tu dia round pinggan yang lain.
Omot selalu tension sebab Omot tak suka share pinggan.
Kembang pulak macam nak pindah duduk rumah mak.
Tiap-tiap malam tidur atas kekabu yang mak dah packing.
Cik Mah tak bagi makan kat Kembang gamaknya.
Sebab tu Kembang lagi suka lepak kat rumah mak.
Tapi mak kata Kembang selalu datang sebab anak dia ada kat rumah.
OooOoo... Kembang la bapak pada anak-anak Belang.
Patut la lawa.
Sekarang aku kena pikirkan nama untuk anak-anak Mami dan Belang.
Mak dah bagi nama kat sekor tu.
Mak bagi nama Yom-Yom sebab dia Lomlom
(Lomlom dalam bahasa Mandailing 'buruk', aku rasalah)
Aku nak fikirkan nama-nama lain kejap.

Selasa, 5 Mei 2009

AHMAD DHANI LUQMAN

Yang kecik tu la Ahmad Dhani... dan yang besar tu la umi Ahmad Dhani yang cun...

Sekian.


Khamis, 30 April 2009

CHAUFFEUR DAN ROTI

Pagi tadi aku tengok dia makan sandwich perlahan-lahan sambil memandu. Sesekali dia mengeluh. Nampak macam ada sesuatu yang menyesakkan jiwanya. Aku beranikan diri bertanya.

Aku: Awak ni kenapa? Ada problem eh????

Chauffeur: Sandwich ni......

Aku: Kenapa?? Tak sedap ke?

Chauffeur: Bukan masalah tak sedap? Awak buat sandwich ni guna roti yang saya beli hari tu ke?

Aku: Ha ye la.... saya tengok pagi tadi banyak lagi, so saya buat tuna sandwich. Kenapa?

Chauffeur: Roti ni expired 27 May 2009.

Aku: Hari ni dah 30!!!!!!!!!!!!!!

Dengan rasa bersalah aku ambil sandwich dari tangan dia, lalu aku pun makan! Adil kan?? Aku kata pada dia,"Biar kita mati sama-sama". Hehehehehe...kononnyaaaaa.

Sekejap tadi bila sampai di ofis, aku bukak sandwich yang aku bawak, aku perhatikan....hehehehe... ada kulat!

Kulat roti tak akan menyebabkan kematian kan kawan-kawan??????????????????

Selasa, 28 April 2009

TOLONG KIPAS

Cuaca panas
Aircond rosak!!
Perut sakit
...lalu aku pon cair dalam kesakitan.....

Isnin, 27 April 2009

AKU INGAT AKU CHAMPION

Rupanya aku loser kerana melarikan diri bila ternampak 3 wajah kanak-kanak dengan alasan bimbang bertembung dengan ayah mereka yang boleh mengakibatkan aku sesak nafas dan semangat melayang.

UBAT KURUS VS BAJU PENGANTIN

Dalam usaha menjadi seorang yang sihat, cantik dan kurus, aku selalu membaca info-info berguna dari majalah dan tak terlepas pandang untuk membaca iklan-iklan produk pelangsingan badan. Separuh dari perasaan, aku kagum dengan kejayaan yang telah mereka perolehi. Ada yang berjaya mengurangkan berat badan sehingga 37kg dalam masa 3 bulan!! Hebat bukan?? Manakala separuh lagi perasaan aku timbul tanda tanya (?????). Aku hairan kenapa bila dah kurus, mesti pakai baju pengantin??????????? Sumpah aku tak tipu. Siap dengan veil!!! Mereka bergambar senget, sebelah tangan pegang bahu atau letak kemas di tepi peha, sambil memakai baju pengantin kain lace sarat dengan perincian.

Kenapa tidak berbikini?

Jumaat, 24 April 2009

PUTRAJAYA TERLALU JAUH BILA BERDEPAN DENGAN SAAT-SAAT GENTING

Kalaulah permohonan tu tak lulus, dan masa pulak sudah terlalu suntuk... aku rasa buat pertama kalinya aku akan dibuang kerja..

Padan muka kan???

KALAU TIDAK KERANA BULAN, TAKKAN BINTANG TERBIT TINGGI.....

kalau tidak kerana tuan, takkan blog saya jadi begini...

Terima kasih Pais! saya nak biarkan aje entry pais ni.....buat kenangan.. hahahaha

Khamis, 23 April 2009

Testing!!

testing testing.. sentet, pasni bole delete entry ni k.. cuma nak pesan, kalau nak cantik pasni takyah buat word tu berkaler2..hahah..pais dah setkan jadi kelabu..
yang lain nnt pais set up kan slow2.. or ajar.. skrg ni nak kluar jap, beli makanan... laparrrr~!! :))

if tak suka layout ni bilang sama pais ya.. nnt kita cari yang cun lagi.. if nak letak layout gmbr abe pun bole.. tpi nnt itam.. tak nampak pape.. :(( kekekeke...

ISU GENDER MEMANG TAKKAN PERNAH TAMAT

Semalam di meja makan sebuah restoran, aku mendengar cerita seorang lelaki tentang wanita-wanitanya..previous & current.

"Aku rasa semua perempuan memang macam tu la.... tak boleh ditegur".

Aku geleng kepala dan cuma mampu berkata "takkkkkkkkkk", dan geleng lagi. Dalam masa yang sama, otak aku sedang berusaha mengeluarkan data-data memori. Seingat aku, aku tak pernah melenting kalau ditegur. Tapi itu masa dengan Syed. Masa dengan Azrol? Ali??? Pun aku tak pernah melenting, cuma dalam hati aku je yang asyik berkata-kata... "Pundek ko lah!!!!!!".. (mencarut lebih tepat kan??)

Betul ke perempuan ni memang tak boleh ditegur??

Rabu, 22 April 2009

AKU TERLUPA PASSWORD, TER TAKPE, TAK DOSA

Fuh!!! Aku dah ingat password akuuu!!!!!! Nasib baikkkkkkk..........

Sepanjang sebulan lebih ni, kalau orang lain mesti banyak benda yg jadi. Tapi anak dara tua macam aku ni, dibagi masa setahun sekalipun, belum tentu dapat menyenaraikan tujuh peristiwa penting yang berlaku..hahahaha...lima pon susah sebenarnya

Dalam tempoh sebulan lebih, hanya 2 kejadian penting yang berlaku... eh... satu je sebenarnya.. satu lagi tu tak penting pon, hanyalah batuk2 yang kronik sehingga terkencing kencing. Aku rasa bukan aku sorang yg menanggung seksaan sedemikian.... ramai lagi kan kan kan???

Satu-satunya peristiwa penting yang berlaku sepanjang tempoh sebulan ni ialah hari ulang tahun aku.. tu tak penting pon sebenarnya.. Yang pentingnyaaaa...aku jumpa syed masa birthday celebration. Aku seronok sangat!!! Nak je aku terkam masa nampak muka dia tapi disebabkan pada masa yg sama aku sibuk membuang rokok... maka....terkamanku bertukar hanya kepada pelukan lite-lite cuma... hurmmm.... stupid ciggie!!!! Tu pun nasib baik ada mok... mok yg nampak dia mula-mula, terus mok menggelupur tampar peha aku suruh aku buang rokok... macam la dia tak nampakkkk....hahahahahaha....

Hmmmm... apa lagi ye.. Ha!!! walaupun dah sebulan berlalu since my last entry..tapiiiii..perasaan rindu itu tetap sama... acam undek lak aku rasa nak citer benda2 mcm ni... takmau lah!! citer benda lain lah...

Ha!! aku sekarang dalam proses transformasi.... Aku ingin menjadi lebih positif. Sebab aku percaya, kalau kita positif, maka yg dtg pada kita mesti yg positif jugak. Bukan la maknanya sebelum ni aku ni negatif, cuma aku agak kurang yakin dgn diri sendiri.... (negatif la tu kan??? kan????)..

Udah dulu la ye..lapa....

Rabu, 4 Mac 2009

AKU RINDU SYED

Nama dia Syed. Umur dia 50 tahun. Orangnya masih segak bergaya walaupun usianya sudah 1/2 abad. Dia baik. Sangat baik. Dia tak pernah menyakitkan hati. Dia tak pernah menyusahkan. Dia tak pernah mengambil kesempatan. Dia menyenangkan. 2 tahun bersama dia menjadikan aku lebih dewasa dan matang. Aku belajar menghargai diri sendiri sejak aku kenal dia.

Indahnya aku rasa sepanjang 2 tahun ni.. hidup aku tak pernah mendukacitakan. Namun, keindahan yang paling manis sememangnya akan berlaku dalam jangkawaktu yg paling singkat. 2 tahun aku menumpang kasih, sudah sampai masanya aku kembalikan kepada dia yang berhak. Ambillah, dia memang milik kamu.

Terima kasih Syed kerana pernah memberi ruang untuk aku singgah.

Khamis, 26 Februari 2009

BOSAN PUN BEST JUGAK KAN?????

Hallo.....

Korang pernah tak rasa bosan dengan hidup korang? Selalu??? Tak pernah??? Kengkadang??? Bagi aku, bosan tu memang salah satu element dalam hidup. Kebosanan ni kadang2 jadi pelengkap kehidupan kita. So, tak dapat lari, sikit2 tu mmg kita akan rasa bosan.

Apa lagi aku ni ha!!! Hidup sebagai seorang 'Anak Dara Tua' ni (org yg kata... aku tak kata.... aku rasa aku muda lagi), rutin dia samaaaaaaaaaa je hari2. Agak-agaknya sampai menopause nanti la hidup aku hari-hari:- pegi keje balik keje makan tido zZzzZzzzZZzz.... Owhhh sangat boring kan?????

Tapi kita kan banyak pilihan dalam hidup ni... kita kena selalu fikir positif. Rasanya dalam usia TIGA SATU ni, belum terlambat utk aku merencanakan masa depan. Aku dah malas nak meletakkan unsur-unsur berikut dalam rencana masa depan aku:-

a) boyfriend
b) nikah
c) laki
d) honeymoon
e) bunting
f) beranak
g) jamu rapet / jamu kencang payuda / jamu mak dara etc. etc.

Apa yang penting... KERJAAAASAMAAAAA (aku suka wonderpets!!!)

Apa yang penting bagi aku, HAPPINESS... aku nak kebahagiaan selalu bersama aku. Aku nak buat benda2 yang aku suka tanpa ada org yg melarang. Sebab tu sekarang aku sibuk dengan bunga-bungaan aku (bunga telor, bunga pahar, bunga dulang). Aku nak improve skill aku supaya aku boleh jadi champion! Kalau success, insyaAllah dua tiga tawun lagi aku nak berenti kerja. Doakanlah aku ye kawan-kawan.....

Dah..... aku nak pegi bayar parking boss!!!!

Rabu, 25 Februari 2009

Hahahahahaha...... memblog jugak akhirnya

Assalamualaikum....

Selama ni bukan takde keinginan untuk menjebakkan diri dalam arena blog ni, tapiiiiii.....aku ni pemalas dan aku tak suka nak buat satu2 benda tu separuh jalan. Nampak gayanya hari ni aku dah mencabar diri aku sendiri la ye... hehehehehehe

Aku cubalah buat yg termampu..



Bismillah......