Nama dia Syed. Umur dia 50 tahun. Orangnya masih segak bergaya walaupun usianya sudah 1/2 abad. Dia baik. Sangat baik. Dia tak pernah menyakitkan hati. Dia tak pernah menyusahkan. Dia tak pernah mengambil kesempatan. Dia menyenangkan. 2 tahun bersama dia menjadikan aku lebih dewasa dan matang. Aku belajar menghargai diri sendiri sejak aku kenal dia.
Indahnya aku rasa sepanjang 2 tahun ni.. hidup aku tak pernah mendukacitakan. Namun, keindahan yang paling manis sememangnya akan berlaku dalam jangkawaktu yg paling singkat. 2 tahun aku menumpang kasih, sudah sampai masanya aku kembalikan kepada dia yang berhak. Ambillah, dia memang milik kamu.
Terima kasih Syed kerana pernah memberi ruang untuk aku singgah.
Mengenai Saya
Rabu, 4 Mac 2009
AKU RINDU SYED
Langgan:
Catatan (Atom)